Meningkatkan kekuatan akal

Pada zaman Salafus soleh dahulu, mereka terkenal
dengan kekuatan akal fikiran ataupun daya ingatan yang tajam. Di dalam
sebuah keluarga, mereka memastikan paling kurang seorang mesti
menghafal Al-Quran. Ada di antara mereka yang menghafal puluhan ribu
hadis. Di antaranya Imam Ahmad bin Hambal menghafal sejuta hadis.
Apakah rahsia kekuatan akal fikiran mereka? Ulama-ulama Islam telah
sepakat bahawa syarat yang pertama dan utama untuk mempunyai kekuatan
akal yang kuat ialah menjauhi segala maksiat kepada Allah. Syarat
kedua ialah makan tidak berlebihan.
Di antara petua penting menguatkan akal menurut ahli-ahli perubatan Islam:
1. Makan kismis pada kadar 21 biji sehari.
2. Makan buah badam.
3. Makan daging kambing.
4. Halwa halia.
5. Makan buah limau.
5. Makan buah limau.
6. Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan serani.
- Rendam kemenyan putih di dalam air pada waktu malam.
- Keesokannya sebelum makan pagi campurkan kemenyan putih dengan gula pasir nisbah 1:2.

LARANGAN
Ahli-ahli perubatan dan ilmuan Islam juga, kuat menjaga pantang larang yang boleh melemahkan kekuatan akal. Di antaranya:
1. Mengelakkan minuman yang terdapat semut di dalamnya.
2. Mengurangkan makanan-makanan yang masam.
3. Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala.
4. Mengelakkan tidur selepas subuh, asar dan maghrib.
5. Menjaga kebersihan dalam semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap kali waktu sembahyang.
Untuk menjadi peribadi yang berjaya akal fikiran mesti sentiasa di majukan dan dipertingkatkan. Jadikan pandangan anda lebih positif, lebih global (luas) dan sentiasa terbuka. Disiplin untuk akal perlu ada supaya ia dapat berfikir secara teratur dan daya kekuatan akal dapat digunakan semaksima yang mungkin untuk memajukan diri sendiri.
Selamat berjaya kepada anda semua..
Rujukan:
http://hikmatun.wordpress.com/2008/03/09/meningkatkan-kekuatan-akal/
http://sofiyah-cookies.blogspot.com/2012/04/khasiat-badam.html
http://sweet-ladybird.blogspot.com/2012/01/kemenyan-putih.html
No comments:
Post a Comment