Nuffnang Ads

Tuesday, July 15, 2014

Emma Maembong nampak selesa bertudung. Adakah Emma akan terus kekal memakai tudung?

Kisah Felixia Yeap yang sudah selamat bergelar muslimah bermula apabila beliau diminta menjadi model bagi pakaian jubah dan bertudung. Apabila mula mengenakan pakaian tersebut, beliau mula rasa selamat dan selesa dan akhirnya beliau memeluk agama islam, alhamdulillah.

Pelakon Emma Maembong pernah menyatakan hasrat untuk bertudung sepenuhnya namun dia sendiri belum pasti bila ianya akan terjadi.

Tapi baru-baru ini didapati kekasih pelawak Zizan Razak ini seolah-olah sudah mula mengenakan hijab sepenuhnya dan selama beberapa minggu yang lepas belum ada pun lagi foto yang di muat naik ke Instagram beliau  tanpa berhijab.

 
Ada foto yang dimuat naik Emma dalam keadaan bertudung ketika dia menjayakan sebuah penggambaran yang menuntutnya untuk bertudung tapi bila diperhatikan bukan ketika shooting sahaja malah ketika keluar bersama peminat dan Zizan pun Emma seolah selesa berhijab.
 

 
 
Emma kelihatan lebih cantik dan ayu apabila bertudung. Kalau perkara ini benar, bagus dan tahniahlah diucapkan kepada Emma. Alhamdulillah, semakin ramai artis berhijrah di bulan Ramadan lagi mulia ini. Semoga perkara ini kekal dan menjadi salah satu cara berdakwah kepada peminat dan orang ramai.

 
adakah emma maembong sudah kekal berhijab


Rujukan:
http://murai.com.my/gosip/murai-batu/article/articleid/589789/adakah-emma-maembong-sudah-kekal-berhijab?_ga=1.12447607.214096739.1401665523






No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads