Nuffnang Ads

Sunday, July 13, 2014

Benarkah hati Felixia Yap sudah dimiliki? Siapakah jejaka tersebut? Adakah gambar ini bukti mereka adalah kekasih?



hati-felixia-yap-sudah-dimiliki

Siapa tak kenal Felixia Yap? Si cantik ini sudah pun selamat melafazkan dua kalimah syahadah sebagai saudara baru 3 Julai lepas. Biarpun baru lima hari memeluk Islam, tetapi Felixia sudah lama menukar imejnya kepada imej seorang Muslimah dan meninggalkan dunia ‘Playboy’nya. 

Tetapi kepada jejaka di luar sana yang dah mula berangan mahu menyunting Felixia, anda mungkin akan kecewa dengan berita ini. Sehari selepas memeluk Islam, gambar seorang lelaki yang dipercayai teman lelaki Felixia tersebar di internet.

 
Lelaki tersebut dikenali sebagai Raja Zainal Badri. Berbangsa Melayu, beliau merupakan anggota kerabat diraja Selangor dan Presiden Kelab Kuala Lumpur Drumline Corps (KLDC).



Biodata Raja Zainal Badri Kekasih Felixia Yeap? | Biodata Raja Zainal Badri kekasih Felixia Yeap tersebar. Pada 4 Julai 2014, pengguna laman sosial dikejutkan dengan pendedahan foto teman lelaki kepada Felixia Yeap. Lebih mengejutkan apabila kekasih Felixia Yeap merupakan seorang berbangsa Melayu dan mempunyai personaliti yang warak (alim dan beriman). 



Ternyata perbezaan bangsa bukanlah penghalang untuk pasangan ini bahagia. Terdahulu, Felixia Yeap atau nama islam Raisyyah Rania Yeap Chin Yee telah memeluk agama Islam secara rasmi setelah melafazkan dua kalimah Syahadah pada 3 Julai 2014.

Biodata Teman Lelaki Felixia Yeap

Nama Penuh: Raja Zainal Badri

Asal: Kuala Lumpur Malaysia

Bangsa: Melayu

Status: Anggota kerabat diraja Selangor dan anak saudara Raja Nong Chik/ Presiden Kelab Kuala Lumpur Drumline Corps (KLDC)

Hobi: Pelumba Kereta Mewah jenis Porsche

Di bawah merupakan lagi gambar-gambar Raja Zainal Badri bakal suami Felexia Yeap yang baru masuk Islam.
Biodata Raja Zainal Badri Kekasih Felixia Yeap?

kekasih-hati

kekasih-rasmi-2kekasih-baru


Jika benarlah berita ini, kami tumpang gembira. Siapa pun pilihan Felixia, semoga lelaki berkenaan dapat membimbing beliau menjadi seorang Muslimah sejati. 





Rujukan:
http://news.mylaunchpad.com.my/lifestyle-entertainment/article/articleid/562035/hati-felixia-yap-sudah-dimiliki?_ga=1.116911941.214096739.1401665523

http://www.perlingputih.com/2014/07/kekasih-felixia-yeap-raja-zainal-badri.html#axzz37OaR6uXf

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads