Nuffnang Ads

Monday, July 21, 2014

Meningkatkan kekuatan ingatan. Elak mudah lupa. Senarai makanan berkhasiat untuk minda dan makanan yang melemahkan akal.

Meningkatkan kekuatan akal 

http://benahrens.com/wp-content/uploads/2012/02/Ben-Ahrens-MindBody2.jpg

Pada zaman Salafus soleh dahulu, mereka terkenal dengan kekuatan akal fikiran ataupun daya ingatan yang tajam. Di dalam sebuah keluarga, mereka memastikan paling kurang seorang mesti menghafal Al-Quran. Ada di antara mereka yang menghafal puluhan ribu hadis. Di antaranya Imam Ahmad bin Hambal menghafal sejuta hadis. Apakah rahsia kekuatan akal fikiran mereka? Ulama-ulama Islam telah sepakat bahawa syarat yang pertama dan utama untuk mempunyai kekuatan akal yang kuat ialah menjauhi segala maksiat kepada Allah. Syarat kedua ialah makan tidak berlebihan.
Di antara petua penting menguatkan akal menurut ahli-ahli perubatan Islam:

1. Makan kismis pada kadar 21 biji sehari.
2. Makan buah badam.
3. Makan daging kambing.
4. Halwa halia.
5. Makan buah limau.
6. Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan serani.
- Rendam kemenyan putih di dalam air pada waktu malam.
- Keesokannya sebelum makan pagi campurkan kemenyan putih dengan gula pasir nisbah 1:2.
 



LARANGAN

Ahli-ahli perubatan dan ilmuan Islam juga, kuat menjaga pantang larang yang boleh melemahkan kekuatan akal. Di antaranya:
1. Mengelakkan minuman yang terdapat semut di dalamnya.
2. Mengurangkan makanan-makanan yang masam.
3. Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala.
4. Mengelakkan tidur selepas subuh, asar dan maghrib.
5. Menjaga kebersihan dalam semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap kali waktu sembahyang.

Untuk menjadi peribadi yang berjaya akal fikiran mesti sentiasa di majukan dan dipertingkatkan. Jadikan pandangan anda lebih positif, lebih global (luas) dan sentiasa terbuka. Disiplin untuk akal perlu ada supaya ia dapat berfikir secara teratur dan daya kekuatan akal dapat digunakan semaksima yang mungkin untuk memajukan diri sendiri.

Selamat berjaya kepada anda semua..

Rujukan:
http://hikmatun.wordpress.com/2008/03/09/meningkatkan-kekuatan-akal/
http://sofiyah-cookies.blogspot.com/2012/04/khasiat-badam.html
http://sweet-ladybird.blogspot.com/2012/01/kemenyan-putih.html

Teknik mudah untuk cetak nama dan alamat pada sampul surat. Kombinasi penggunaan Microsoft Word dan Excel. Tak perlu cara susah lagi.

Pernah x korang terfikir.. mcm mana laa nk print especially mcm kad jemputan atau sampul surat.. format, corak & design sama tapi nama jemputan berbeza bagi setiap kad..

dalam tahun 2009.. aku cuba cari duit lebih.. so aku dapat laa peluang mengajar Microsoft Excel 2007.. masa sesi soal jawab ada laa sorang peserta tanya soalan ni kat aku (aku dh x ingat sapa dia).. aku x tau masa tu mcm mana nk buat.. so selepas tue aku pun mencari tekniknya..

sebenarnya senang jee.. korang hanya perlu:
  1. Microsoft Word 2003/2007 (design)
  2. Microsoft Excel 2003/2007 (list)
  3. CutePDF (Free Download) (Optional) - free download
So aku nk tunjuk untuk buat set nama dan alamat bagi sampul surat k..

Langkah 1
Buat senarai nama dan alamat dalam Microsoft Excel.. alamat kena laa buat dalam 3 atau 4 bahagian mengikut berapa line alamat tue.. save laa kat mana2 folder yang korang suke.. janji ingat folder mana..



Langkah 2
Design sampul surat seperti yang korang nak dalam Microsoft Word


Langkah 3
Klik pada bahagian Mailings -> Start Mail Merge -> Step by Step Mail Merge Wizard


Langkah 4
Klik Next: Starting document


Langkah 5
Klik Next: Select recipients


Langkah 6
Klik Browse.. Kemudian pilih file Microsoft Excel yang korang dah save kat Langkah 1..

Langkah 7
Pilih Sheet bagi nama dan alamat pada file Microsoft Excel yang korang buat kat Langkah 1..

Langkah 8
Senarai nama dan alamat akan keluar merujuk kepada file excel (Langkah 1). Klik OK..

Langkah 9
Klik Next: Write your letter (x tau laa nape gambar ni meleper plak)
Langkah 10
Klik pada More items.. kemudian klik Insert bagi setiap Fields..


Langkah 11
Susun item (Nama, Alamat 1, Alamat 2 dan Alamat 3) macam gambar kat bawah..
Kemudian klik Next: Preview your letters

Langkah 12
Korang boleh tgk nama dan alamat yang lain dgn klik pada << atau >>
Kemudian klik pada Next: Complete the Merge

Langkah 13
Klik Print

Langkah 14
Kalau nk print untuk semua nama dan alamat klik kat All dan klik OK

Langkah 15
Korang boleh terus print pada printer korang tapi mcm aku aku nk jdkan file PDF dulu.. so aku guna CutePDF..

Langkah 16 (Optional)
Save nama file PDF yang korang nk..

Hasilnya boleh korang tgk kat file PDF yang dh save td (kalau guna CutePDF laa)..



korang boleh guna untuk print nama pada kad jemputan kahwin yang dh siap tempah.. set betul2 lokasi nama kat kad kahwin.. try print.. kalau dah jadi 1 atau 2.. boleh print semua.. silap2 boleh design sendiri n print sendiri.. jimat skt kn?? (napa laa aku x terpikir masa aku nk kahwin dulu2)..

So.. kalau x berapa faham atau ada teknik yang lebih baik.. komen laa k..

Selamat mencuba...

Rujukan:
http://knowledge-is-unlimited.blogspot.com/2012/01/mencetak-nama-dan-alamat-pada-sampul.html

Thursday, July 17, 2014

Pesawat MAS MH17 dilaporkan terhempas akibat ditembak diruang udara

TERKINI: Pesawat MAS MH17 dilaporkan terhempas

terkini-pesawat-mas-mh17-dilaporkan-terhempas

KUALA LUMPUR, (MLP) - Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah dilaporkan terhempas di Ukraine.
Kapal terbang, MH17, terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 280 penumpang dan 15 krew, menurut laporan.

Laporan mengatakan ia melanggar satu kawasan berselisih berhampiran Donetsk dan ia akan menjadi rumit untuk pergi ke nahas.

Sumber-sumber MAS berkata pesawat itu tidak memasuki ruang udara Rusia. 

Sumber-sumber berkata pesawat itu ialah "menembak jatuh" manakala ia belayar di satu altitud 30,000 kaki. 

Kementerian Pendalaman Ukraine berkata 295 orang dikhuatiri mati dalam nahas itu.

Kapal terbang mungkin dapat dibawa turun oleh tanah kepada luncuran udara, sumber-sumber berkata. 

MAS tweet bahawa "MAS telah hilang hubungan dengan MH17 dari Amsterdam. Kedudukan terakhir telah berakhir ruang udara Ukraine."
 photo-gallery-malaysia-airline-flight-mh17-crash















Rujukan:
http://news.mylaunchpad.com.my/news/local/article/articleid/592104/bm/terkini-pesawat-mas-mh17-dilaporkan-terhempas?_ga=1.4498416.214096739.1401665523

http://news.mylaunchpad.com.my/news/local/article/articleid/592109/en/photo-gallery-malaysia-airline-flight-mh17-crash?_ga=1.4498416.214096739.1401665523

Wednesday, July 16, 2014

Ziana Zain telah berhijab. Beliau nekad untuk memakai tudung sepenuhnya dan seterusnya mengubah penampilan keseluruhannya.

ziana zain allah swt kurniakan saya hadiah paling bermakna

KL, 15 JULAI 2014: Kenapa Ramadan sentiasa dinanti, kerana Allah SWT menjanjikan bulan ini sebagai bulan untuk umatnya melipat ganda akan amalan dan beribadah untuk ganjaran pahala yang juga tidak terhingga banyaknya. 

Tetapi buat  penyanyi tersohor, Ziana Zain Ramadan kali ini antara yang paling bererti bila dia menerima kurniaan yang amat bernilai daripada Allah SWT. Pada hari turunnya Al Quran ke dunia, Ziana pula terima sebuah hadiah istimewa serta ia menandakan kejayaan buat semua yang mendoakan kesejahteraan penyanyi pujaan ramai ini.

Beberapa kali cerita mengenai Ziana Zain mula mengubah penampilannya terbit ditajuk utama media massa seluruh negara baru-baru ini. Namun tuan empunya badan belum lagi mengesahkan sendiri hinggalah pada hari ini 15 Julai bersamaan 17 Ramadan iaitu hari Nuzul al-Quran, diva pujaan ramai itu mengakui penampilannya di rakaman MeleTOP Raya merupakan imej baru buat Ziana Zain.

Dihubungi sebentar tadi menerusi panggilan telefon, Ziana atau nama penuhnya Siti Roziana Zain, tenang bercerita mengenai hijrahnya pada Ramadan ini adalah sebuah hadiah kemenangan dan juga kurniaan yang amat besar buat dirinya. Bagi dirinya, ia adalah berkat dan doa dari insan yang menyayanginya selama ini  telah dimakbulkan Allah SWT.

“Ini adalah hadiah yang Allah SWT berikan kepada saya, sebuah ganjaran yang dijanjikan setelah tidak putus-putus doa  daripada peminat, kawan-kawan dan yang paling termakbul adalah doa kedua ibu bapa saya.

“Allah SWT telah berikan apa yang mereka semua pohon, sementara itu juga dibukakan pintu hati saya menerima syariat agama ini. Setelah beberapa tahun saya memasang niat, akhirnya hari yang dinanti sudah tiba. Perasaan yang datang itu bukan rasa yang biasa tetapi kuasa yang luar biasa.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwrE_W1-MICt4l3_NUbqJl4fsYGGoJoYSgdI5dD_mmtVF-ToH5eDocx-mdNYCZ4O20XlmY9PqTv6DCN13I0SOAzFTGotIe6tUAPWCUdjUChyphenhyphenY7kORoBAh8Jf94gwY3xf457wPGIyJampA/s1600/ziana-zain.png

“Tiada pengumuman yang nak dibuat kerana yang penting apa yang dituntut(berhijab) saya telah cuba penuhi bermula dari Ramadan ini dan harapan saya biarlah ia kekal ke akhir hayat. Tiada apa yang lebih bermakna dari apa yang Allah SWT kurniakan kepada saya sekarang, Alhamdulillah,” tutur Ziana yang tidak lekang memanjatkan syukur kerana diberikan peluang yang begitu berharga di bulan mulia ini.

Ditanya tentang karier seninya, Ziana masih aktif seperti biasa cuma penampilannya kini akan cuba dijaga sebaiknya. Tambahan pula sokongan daripada keluarga terutama anak-anak akan mempermudahkan hari-hari yang bakal dilaluinya nanti berserta sokongan yang tidak berbelah bagi daripada peminatnya.

Penampilan istimewa penyanyi lagu Korban  Cinta ini adalah bersempena dengan rakaman khas MeleTOP Raya untuk siaran Aidilfitri ini di Astro. Memilih ilham rekaan pereka yang sinonim dengan nama penyanyi ini, Rizman Ruzaini telah menyiapkan persalinan indah lengkap berhijab khas untuk imej terbaru Ziana Zain itu.

Rujukan:
http://www.murai.com.my/ekstra/ramadan-raya-2014/cerita/article/articleid/590523/ziana-zain-allah-swt-kurniakan-saya-hadiah-paling-bermakna?_ga=1.117296197.214096739.1401665523 

http://perihalnegara.blogspot.com/2014/07/selepas-neelofa-ziana-zain-pun-dah-mula.html

Tuesday, July 15, 2014

Emma Maembong nampak selesa bertudung. Adakah Emma akan terus kekal memakai tudung?

Kisah Felixia Yeap yang sudah selamat bergelar muslimah bermula apabila beliau diminta menjadi model bagi pakaian jubah dan bertudung. Apabila mula mengenakan pakaian tersebut, beliau mula rasa selamat dan selesa dan akhirnya beliau memeluk agama islam, alhamdulillah.

Pelakon Emma Maembong pernah menyatakan hasrat untuk bertudung sepenuhnya namun dia sendiri belum pasti bila ianya akan terjadi.

Tapi baru-baru ini didapati kekasih pelawak Zizan Razak ini seolah-olah sudah mula mengenakan hijab sepenuhnya dan selama beberapa minggu yang lepas belum ada pun lagi foto yang di muat naik ke Instagram beliau  tanpa berhijab.

 
Ada foto yang dimuat naik Emma dalam keadaan bertudung ketika dia menjayakan sebuah penggambaran yang menuntutnya untuk bertudung tapi bila diperhatikan bukan ketika shooting sahaja malah ketika keluar bersama peminat dan Zizan pun Emma seolah selesa berhijab.
 

 
 
Emma kelihatan lebih cantik dan ayu apabila bertudung. Kalau perkara ini benar, bagus dan tahniahlah diucapkan kepada Emma. Alhamdulillah, semakin ramai artis berhijrah di bulan Ramadan lagi mulia ini. Semoga perkara ini kekal dan menjadi salah satu cara berdakwah kepada peminat dan orang ramai.

 
adakah emma maembong sudah kekal berhijab


Rujukan:
http://murai.com.my/gosip/murai-batu/article/articleid/589789/adakah-emma-maembong-sudah-kekal-berhijab?_ga=1.12447607.214096739.1401665523






Sunday, July 13, 2014

Bosan, boring, tak tahu nak buat apa? Jom mengisi masa lapang dengan cara yang berfaedah. Jangan buang masa anda!!!



 1 + 9 cara untuk guna masa dengan sebaiknya


"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal solleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." [al-‘Ashr 103:1-3]

macam mana nk menghilangkan rasa boring, rasa bosan??? sbnrnya senang jee..



Cara Paling Mujarab - Buat solat sunat
sebenarnya ni lah satu cara yg paling mudah utk hilang boring sbb lepas korang solat dan berdoa, insha Allah mesti mcm2 idea apa nk buat akan masuk.. lebih banyak kita minta kepada Nya, lebih banyak dia akan beri.. Dia kan Maha Pemurah..


klau xde idea gak boleh try cara2 yg lain kt bawah ni..
 

http://andydhani.files.wordpress.com/2012/05/sms-mak.png

Cara 1 - Call / SMS Saudara mara atau kawan2 lama
cara paling mudah sms kawan2 lama bertanya khabar.. boleh eratkan sillaturrahim.. silap2 memang dh lama kawan2 tu cari kita sbb hilang no phone kt hp dia.. dgn cara kita sms atau call, boleh dia dpt balik cara nk contact kita..


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiII4QWxSonWjH310Acmk1i4YqoN9cT4PkKlYiXWhycK5GTbFEzmkvrgUPsIRmOOjV4DYvpDJbRJ2Ioa1OLt9jMglDkpfymQ0U5c5TtJSxEm-dDLRZiEQbL6dGfyVLeKL-7jRN4QCdrqA/s640/before_after_living_room_II.3880025_std.jpg
Cara 2 - Kemas meja/ruang pejabat atau bilik / rumah kita
walaupun rasa malas tapi ini adalah perkara yg penting sbb klau pejabat atau rumah kita bersih dan kemas, org2 yg dtg tempat kita pasti happy tgk environment kita (aku pun nk kena kemas laa tempat aku ni.. hehehe.. :D)

http://us.123rf.com/400wm/400/400/denisnata/denisnata1108/denisnata110800026/10274880-happy-family-playing-a-video-game.jpg
Cara 3 - Buat sesuatu yg boleh menggembirakan org disekitar kita
apa kata kita menjadikan org sekitar kita menjadi lebih gembira.. buat sesuatu yg membahagiakan org di sekitar kita.. x semestinya memerlukan duit utk buat org gembira.. ambil beberapa helai kertas dan design kad utk hari lahir, hari bapa, hari ibu dan hari apa2 laa.. bila sampai masa sesuai dah x perlu beli kad lagi dh..

buat program untuk holiday berdasarkan budget yg ada.. x semestinya seminggu dua dh nk pergi.. buat program utk 2 tahun lg pun xpe.. klau perlu tiket flight lagi murah klau plan awal2..


http://www.woolwich.ca/en/resourcesGeneral/Calendar-Planning-photo.jpg
Cara 4 - Berfikirlah apa yg kita nk buat utk esok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan, tahun depan
"hari ni pun x tau nk buat apa, mcm mana nk fikir utk esok2??"

sbnrnya setiap hari x sama sbb kita ada hari isnin sampai ahad.. ada hari kerja, ada hari cuti, ada hari exam, ada hari lahir, ada mcm2 hari laaa.. jadi klau kita plan awal2 kn mudah untuk prepare utk hari2 yg istimewa..
"bila nk beli hadiah utk birthday mak aku??"
"apa nk prepare utk anniversary tahun depan??"
"teringin laa nk berbuka puasa dgn anak2 yatim tahun depan, nk buat mcm mana ekk??"

salah seorg millionaire dalam malaysia ni pernah kata
"saya telah merancang jadual hidup saya selama 5 tahun selepas hari ini"


ertinya dia dh ada planning apa yg dia nk buat utk 5 tahun.. ni baru millionaire.. klau billionaire silap2 dan rancang 10 - 15 tahun untuk hidup dia selepas ni.. klau trillionaire???

perancangan tu salah satu usaha..

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)


http://freelancefolder.com/wp-content/uploads/creative-paint-brushes.jpg
Cara 5 - Buat sesuatu yang kita minat dan ianya memberi kebaikan dan faedah kepada kita dan org lain
aku dulu suka sgt2 main game.. lama2 dh bosan.. tgk movie?? lama2 dah bosan.. tp daripada aku main game, baik aku cuba belajar buat animation mcm yg game buat.. tapi mcm mana nk buat?? apa lagi.. GOOGLE kn ada.. seach jee teknik2 buat animation..

klau korang seorg chef, tapi minat nk belajar programming.. apa kata belajar jee VBA, HTML coding, JAVA, PHP coding dan byk lagi laa ilmu programming yg ada.. buat android application kee.. silap2 boleh bantu kerja2 kiraan stok atau simpan resepi2 masakan anda dan akhirnya membantu dan mempertingkatkan bicang chef tu.. kan bagus..

klau seorg mechanical engineering plak minat memasak.. belajar laa.. mungkin satu hari boleh design peralatan memasak yang lebih advance..

sbnrnya byk benda kita boleh buat yg akan membantu menaik taraf hidup kita.. tapi yang paling penting:

JANGAN PUTUS ASA & BUAT SAMPAI SIAP

memang tu sgt2 penting sbb klau semua sekerat jalan.. memang akan lebih rasa kecewa.. Think Positif.


"Aku tidak gagal. Aku hanya menemui 10000 teknik yang tidak betul"
"Kelemahan terbesar terletak pada putus asa. Cara yang paling pasti untuk berjaya adalah selalu mencubanya satu kali lagi"
"Hanya kerana sesuatu tidak berjalan seperti yang anda rancang, tidak bererti bahawa ianya sia-sia"

Kata Kata Mutiara Thomas Alva Edison (1847-1931) 
merupakan salah satu pencipta terbesar yang menciptakan mesin telegraf, gramofon, alat projektor dan mcm2.



Cara 6 - Tgk jam dan apa yg perlu kita buat untuk persediaan perkara2 untuk hari ini
selalunya org akan boring dari jam
  1. 9 pagi - 11 tengahari
  2. 3 petang - 6 petang
  3. 9 malam - 11 malam
cuba kita isi masa kita mcm ni..
  1. 9 pagi - 12 tengahari
    1. 9 pagi - berjoging atau senaman ringkas
    2. 10 pagi - solat dhuha
    3. 11 pagi - siap2 bahan untuk masak makan tghari
    4. 12 tghari - tido kejap sebelum solat zohor
  2. 3 petang - 6 petang
    1. 3 ptg - kemas rumah skit
    2. 4 ptg - baca al quran dan prepare solat asar
    3. 5 ptg - jenguk2 apa yg boleh buat utk mkn malam
    4. 6 ptg - bwk anak2 atau adik beradik pergi main kt taman
  3. 9 malam - 11 malam
    1. 9 mlm - layari google dan belajar sesuatu
    2. 10 mlm - rancang apa perkara wajib yg perlu anda buat esok
    3. 11 mlm - tido laa sbb esok byk benda lagi nk buat
sbnrnya ada jee benda kita boleh buat.. cuma kita nk atau tak nak buat jee..


http://resources2.news.com.au/images/2012/08/31/1226422/169638-happy.gif
Cara 7 - Keluar rumah dan bawa keluarga, saudara mara atau kawan2 ke tempat2 yg menggembirakan mereka
kita selalu ingat kita akan menggunakan duit dgn byk klau keluar berjalan.. sbnnya demand kita yang menjadikan belanja tu byk..

pergi laa jln2 kt taman tasik, mandi sungai, jalan2 cuci mata kat shopping complex..
memang kita dah biasa pergi tempat2 mcm tu.. tapi pergi laa tempat2 yg kita x biasa pergi.. mesti ada di sekitar kita yg famous dan ramai dah org pergi cuma kita jee yg x pergi..

contoh 1: berapa ramai org kt KL tau bukit belacan kt mana?? tp baru2 ni ada pergi x??
contoh 2: pergi la sorang2 pun xpe kt pejabat mak ayah kita dan kata laa saje je dtg melawat tgk diaorg bekerja.. mkn laa tghari dgn diaorg.. mesti diaorg happy.. tp jangan sampai kacau diaorg keje pulak k..


http://farm4.static.flickr.com/3495/3312719109_b2c048ef76_b.jpg
Cara 8 - Susun dan buat perkara2 yg anda lama dh nk buat
Contoh 1 : Gambar2 dalam HP, susun masuk ikut kategori.. senang laa nk tgk2 balik gambar2 tu.. xpun boleh dh print dan masuk dalam album.. klau hp atau harddisk rosak.. ada lagi gamabr2 kenangan dalam album.

Contoh 2 : dan lama nk ubah kedudukan sofa ruang tamu atau susun atur tempat kita kerja.. buat laa.. boleh bagi new enviroment kn??

Contoh 3 : dh lama pintu almari dapur tu rosak.. nk try repair laa.. silap2 dh x perlu beli lain.. jimat duit..


http://commonsenseatheism.com/wp-content/uploads/2010/01/charity-for-starving-kids.jpg
 Cara 9 - Buat laaa amal kebajikan yang tak pernah terfikir atau takut2 nak buat sebelum2 ni
Contoh 1 : klau dh tinggal sejam nk masuk waktu solat, apa kata pergi surau dan menyapu dalam surau.. mesti jarang2 atau x pernah buat kan?? yg selalu buat tu memang aku respek laa.. klau confirm nk pg, bwk laa penyapu dari rumah.. krg dah sampai dan x jumpa penyapu, mula laa x jd buat amalan.. tp klau memang x bwk jugak, baca laa al quran atau buat solat sunat.. terisi jugak masa tu kn??

Contoh 2: check balik apa mknn yang masih boleh makan kt rumah kita, susun dan packing elok2.. yang paling mulia, pg la bagi kt rumah anak2 yation atau fakir miskin.. pengemis tepi2 jalan pun xpe.. daripada biarkan mknn tu expired.. last2 buang jee..

Contoh 3: Pergi laa ziarah rumah org2 tua dan rumah anak2 yatim dan tawarkan bantuan yg anda boleh bagi dan x semestinya mengeluarkan modal.. silap2 anda mahir buat plumbing.. rumah tu pulak dah lama paip air tersumbat.. boleh laa buat kerja2 amal.. paling kurang pun bergaul dan bermesra dengan org2 tua dan anak2 yatim tu..


Alhamdulillah
itu laa 9 + 1 cara untuk guna masa anda dengan sebaiknya yang mampu aku fikirkan.. klau ada idea lain, share2 laa k.. tq Allah sbb beri peluang ini kepada aku..

insha allah.. nanti aku share lagi benda lain k.. amin..


Rujukan:
http://knowledge-is-unlimited.blogspot.com/2013/08/boring-bosan-tidak-tahu-nak-buat-apa-1.html

Benarkah hati Felixia Yap sudah dimiliki? Siapakah jejaka tersebut? Adakah gambar ini bukti mereka adalah kekasih?



hati-felixia-yap-sudah-dimiliki

Siapa tak kenal Felixia Yap? Si cantik ini sudah pun selamat melafazkan dua kalimah syahadah sebagai saudara baru 3 Julai lepas. Biarpun baru lima hari memeluk Islam, tetapi Felixia sudah lama menukar imejnya kepada imej seorang Muslimah dan meninggalkan dunia ‘Playboy’nya. 

Tetapi kepada jejaka di luar sana yang dah mula berangan mahu menyunting Felixia, anda mungkin akan kecewa dengan berita ini. Sehari selepas memeluk Islam, gambar seorang lelaki yang dipercayai teman lelaki Felixia tersebar di internet.

 
Lelaki tersebut dikenali sebagai Raja Zainal Badri. Berbangsa Melayu, beliau merupakan anggota kerabat diraja Selangor dan Presiden Kelab Kuala Lumpur Drumline Corps (KLDC).



Biodata Raja Zainal Badri Kekasih Felixia Yeap? | Biodata Raja Zainal Badri kekasih Felixia Yeap tersebar. Pada 4 Julai 2014, pengguna laman sosial dikejutkan dengan pendedahan foto teman lelaki kepada Felixia Yeap. Lebih mengejutkan apabila kekasih Felixia Yeap merupakan seorang berbangsa Melayu dan mempunyai personaliti yang warak (alim dan beriman). 



Ternyata perbezaan bangsa bukanlah penghalang untuk pasangan ini bahagia. Terdahulu, Felixia Yeap atau nama islam Raisyyah Rania Yeap Chin Yee telah memeluk agama Islam secara rasmi setelah melafazkan dua kalimah Syahadah pada 3 Julai 2014.

Biodata Teman Lelaki Felixia Yeap

Nama Penuh: Raja Zainal Badri

Asal: Kuala Lumpur Malaysia

Bangsa: Melayu

Status: Anggota kerabat diraja Selangor dan anak saudara Raja Nong Chik/ Presiden Kelab Kuala Lumpur Drumline Corps (KLDC)

Hobi: Pelumba Kereta Mewah jenis Porsche

Di bawah merupakan lagi gambar-gambar Raja Zainal Badri bakal suami Felexia Yeap yang baru masuk Islam.
Biodata Raja Zainal Badri Kekasih Felixia Yeap?

kekasih-hati

kekasih-rasmi-2kekasih-baru


Jika benarlah berita ini, kami tumpang gembira. Siapa pun pilihan Felixia, semoga lelaki berkenaan dapat membimbing beliau menjadi seorang Muslimah sejati. 





Rujukan:
http://news.mylaunchpad.com.my/lifestyle-entertainment/article/articleid/562035/hati-felixia-yap-sudah-dimiliki?_ga=1.116911941.214096739.1401665523

http://www.perlingputih.com/2014/07/kekasih-felixia-yeap-raja-zainal-badri.html#axzz37OaR6uXf

Full-in4 kini dibuka!!!

Hai!!!..

bersempena tarikh yang cantik 14/07/14 dan dibulan Ramadan penuh mulia, saya telah menanam azam untuk membina satu laman blog yang penuh informasi untuk kita semua..

azam saya untuk berkongsi semua maklumat yang berunsur positif dan penuh bermakna untuk kita semua..

diharap anda semua dapat memberi sokongan kepada saya..


inshaallah, amin...


chaiyok!!!!



Nuffnang Ads