Dipetik dari laporan sebuah blog semalam, mangsa
terjatuh ke dalam kandang harimau berkenaan secara tidak sengaja selepas
tergelincir kerana besi penghadang yang terdapat di situ terlalu rendah.
Mangsa dipercayai mempunyai masalah
mental dan datang ke zoo seorang diri pada hari kejadian selepas bertengkar
dengan ibunya. Mangsa memanjat dinding konkrit paras lutut lalu terjun ke
kandang harimau.
Gara-gara berasa terancam dengan
kehadiran Maqsood, harimau putih tersebut mendekati mangsa secara
pelahan-lahan. Mangsa yang ketakutan melutut dan bersandar di dinding kandang
selama 10 minit.
Orang ramai yang menyaksikan
kejadian itu cuba mengalihkan perhatian harimau itu dengan membaling pelbagai
objek pejal dan berbuat bising menyebabkan harimau itu berasa terancam dan
bertindak mengigit leher mangsa lalu menggonggongnya pergi ke tempat lain dalam
keadaan yang berlumuran darah.
Harimau putih seberat 200 kg itu
kelihatan normal serta meneruskan rutin harian seperti biasa selepas kejadian
itu. Pihak zoo tidak bercadang mengeluarkan harimau itu kerana ia dilahirkan
dan dibesarkan di zoo berkenaan selama ini serta dianggap jinak.
Apa yang terjadi itu adalah reaksi
normal haiwan berkenaan apabila kawasannya diceroboh secara tiba-tiba. Harimau
itu tidak akan menyerang dan hanya bertindak ganas apabila salah seorang
pengunjung membaling batu ke badannya.
Rujukan : http://www.harianblogger.com/punca-sebenar-remaja-lelaki-maut-dibaham-harimau-putih-di-zoo/
No comments:
Post a Comment