Nuffnang Ads

Tuesday, September 30, 2014

Bapa Sambut Kelahiran Anak Dalam Kereta Di Lebuh Raya Elite



Seorang lelaki mengalami detik cemas apabila dia terpaksa membidankan isterinya yang bersalin dalam kereta di Lebuhraya Elite tanpa sebarang bantuan perubatan.

Dalam kejadian pada jam 6 petang, 28 September 2014, lelaki berkenaan hanya  menerima bantuan dari petugas hospital melalui telefon. Hasil tunjuk ajar yang diberikan itu, lelaki itu berjaya mengikuti tunjuk ajar yang diberikan dan beliau mendapat seorang bayi lelaki yang sihat.

Bagaimanapun, 15 minit kemudian Ambulans Putrajaya tiba di lokasi kejadian. Ibu dan bayi berkenaan dibawa ke Hospital Putrajaya bagi mendapat rawatan lanjut.



Pastinya ini mejadi satu kenangan yang tidak ternilai harganya bagi pasangan ini terutama si suami yang menyambut kelahiran anaknya sendiri. Tahniah kepada pasangan terbabit.

Rujukan : http://mymediahubonline.blogspot.com/2014/09/bapa-sambut-kelahiran-anak-dalam-kereta.html

Punca Sebenar Remaja Lelaki Maut Dibaham Harimau Putih Di Zoo




Dipetik dari laporan sebuah blog semalam, mangsa terjatuh ke dalam kandang harimau berkenaan secara tidak sengaja selepas tergelincir kerana besi penghadang yang terdapat di situ terlalu rendah.
 
Hasil siasatan Zoo mendapati mangsa, Maqsood, 19, memanjat besi penghadang sebelum turun ke kawasan berumput yang memisahkan besi penghadang itu dengan kawasan kandang.

Mangsa dipercayai mempunyai masalah mental dan datang ke zoo seorang diri pada hari kejadian selepas bertengkar dengan ibunya. Mangsa memanjat dinding konkrit paras lutut lalu terjun ke kandang harimau.

Gara-gara berasa terancam dengan kehadiran Maqsood, harimau putih tersebut mendekati mangsa secara pelahan-lahan. Mangsa yang ketakutan melutut dan bersandar di dinding kandang selama 10 minit.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu cuba mengalihkan perhatian harimau itu dengan membaling pelbagai objek pejal dan berbuat bising menyebabkan harimau itu berasa terancam dan bertindak mengigit leher mangsa lalu menggonggongnya pergi ke tempat lain dalam keadaan yang berlumuran darah.

Harimau putih seberat 200 kg itu kelihatan normal serta meneruskan rutin harian seperti biasa selepas kejadian itu. Pihak zoo tidak bercadang mengeluarkan harimau itu kerana ia dilahirkan dan dibesarkan di zoo berkenaan selama ini serta dianggap jinak.

Apa yang terjadi itu adalah reaksi normal haiwan berkenaan apabila kawasannya diceroboh secara tiba-tiba. Harimau itu tidak akan menyerang dan hanya bertindak ganas apabila salah seorang pengunjung membaling batu ke badannya.

Rujukan : http://www.harianblogger.com/punca-sebenar-remaja-lelaki-maut-dibaham-harimau-putih-di-zoo/

Nuffnang Ads