Bil |
Nama |
Umur |
1 |
Faiz |
33 |
2 |
Zam |
37 |
3 |
Nora |
27 |
Full with information
Nuffnang Ads
Monday, September 7, 2015
Tuesday, September 30, 2014
Bapa Sambut Kelahiran Anak Dalam Kereta Di Lebuh Raya Elite

Seorang lelaki mengalami detik cemas apabila dia terpaksa membidankan isterinya yang bersalin dalam kereta di Lebuhraya Elite tanpa sebarang bantuan perubatan.
Dalam kejadian pada jam 6 petang, 28 September 2014, lelaki berkenaan hanya menerima bantuan dari petugas hospital melalui telefon. Hasil tunjuk ajar yang diberikan itu, lelaki itu berjaya mengikuti tunjuk ajar yang diberikan dan beliau mendapat seorang bayi lelaki yang sihat.
Bagaimanapun, 15 minit kemudian Ambulans Putrajaya tiba di lokasi kejadian. Ibu dan bayi berkenaan dibawa ke Hospital Putrajaya bagi mendapat rawatan lanjut.


Pastinya ini mejadi satu kenangan yang tidak ternilai harganya bagi pasangan ini terutama si suami yang menyambut kelahiran anaknya sendiri. Tahniah kepada pasangan terbabit.
Rujukan : http://mymediahubonline.blogspot.com/2014/09/bapa-sambut-kelahiran-anak-dalam-kereta.html
Punca Sebenar Remaja Lelaki Maut Dibaham Harimau Putih Di Zoo
Dipetik dari laporan sebuah blog semalam, mangsa
terjatuh ke dalam kandang harimau berkenaan secara tidak sengaja selepas
tergelincir kerana besi penghadang yang terdapat di situ terlalu rendah.
Mangsa dipercayai mempunyai masalah
mental dan datang ke zoo seorang diri pada hari kejadian selepas bertengkar
dengan ibunya. Mangsa memanjat dinding konkrit paras lutut lalu terjun ke
kandang harimau.
Gara-gara berasa terancam dengan
kehadiran Maqsood, harimau putih tersebut mendekati mangsa secara
pelahan-lahan. Mangsa yang ketakutan melutut dan bersandar di dinding kandang
selama 10 minit.
Orang ramai yang menyaksikan
kejadian itu cuba mengalihkan perhatian harimau itu dengan membaling pelbagai
objek pejal dan berbuat bising menyebabkan harimau itu berasa terancam dan
bertindak mengigit leher mangsa lalu menggonggongnya pergi ke tempat lain dalam
keadaan yang berlumuran darah.
Harimau putih seberat 200 kg itu
kelihatan normal serta meneruskan rutin harian seperti biasa selepas kejadian
itu. Pihak zoo tidak bercadang mengeluarkan harimau itu kerana ia dilahirkan
dan dibesarkan di zoo berkenaan selama ini serta dianggap jinak.
Apa yang terjadi itu adalah reaksi
normal haiwan berkenaan apabila kawasannya diceroboh secara tiba-tiba. Harimau
itu tidak akan menyerang dan hanya bertindak ganas apabila salah seorang
pengunjung membaling batu ke badannya.
Rujukan : http://www.harianblogger.com/punca-sebenar-remaja-lelaki-maut-dibaham-harimau-putih-di-zoo/
Subscribe to:
Posts (Atom)